Tuesday, December 21, 2010

Kenapa Emas Pelindung Terbaik Terhadap Inflasi



Selama ribuan tahun, majoriti penduduk dunia telah menggunakan emas sebagai pengukur sebenar kekayaan dan bukannya menggunakan wang fiat.

Sementara itu permintaan kepada emas, logam yang paling berharga semakin meningkat hasil dari permintaan industri dan juga kerana hasil dari keinginan untuk mengumpul kekayaan.

Dalam beberapa tahun ini, kerajaan seluruh dunia telah membelanjakan puluhan trilion dolar untuk 'wang kertas', dengan secara tidak langsung mencipta sejumlah besar inflasi.

Hal ini menyebabkan ramai orang kembali kepada emas untung melindungi kekayaan mereka.

Dengan demikian, semasa inflasi berlaku saban tahun dan indeks kekayaan semakin kurang nilainya, emas menjadi 'syurga selamat' (save heaven) untuk kekayaan kerana permintaan untuk emas seluruh dunia terus meningkat.

Tapi kenapakah emas dilihat sebagai pelindung terbaik terhadap inflasi? Ada empat sebab utama yang akan dibincangkan:

Pertama: jumlah emas adalah terhad, jadi ia tidak dapat dimanipulasikan tetapi wang kertas boleh dimanipulasikan dengan mencetaknya sesuka hati.

Kedua: emas dengan mudah ditukar dengan duit

Ketiga: emas telah dilombong sejak dari zaman prasejarah dan dalam waktu itu ia tidak pernah kehilangan nilainya. Dan hari ini permintaan terhadap emas telah melampaui bekalan kerana permintaanya datang dari seluruh dunia.

Keempat: sejarah keruntuhan wang fiat dalam kitaran 40 tahun; eksperimen AS terhadap wang fiat bermula 39 tahun dahulu.

Jumlah emas adalah terhad

Pada zaman dahulu, ada raja cuba untuk memanipulasikkan emas dengan mencampurkan emas dengan bahan lain. Namun usaha itu tidak berkesan kerana sifat emas itu sendiri iaitu lembut.

Sangat mudah untuk mengenalpasti emas tulen iaitu dengan menggigitnya, emas tulen adalah lembut, maka akan ada bekas gigitan pada emas tersebut berbanding emas tiruan.

Permintaan terhadap emas seluruh dunia adalah sangat tinggi setiap masa. Tetapi emas tidak boleh ditiru atau dibuat seperti yang berlaku pada berlian bagi memenuhi permintaan tersebut.

Emas adalah terhad dan bergantung kepada keupayaan melombongnya, tidak seperti wang fiat yang boleh dicetak 'apabila perlu' dengan tanpa jaminan yang tidak pasti bahawa tahun depan atau tahun selepas itu akan lebih makmur.

Tidak ada sebuah kerajaan pun yang mampu dengan sewenang-wenangnya meningkatkan bekalan emasnya. Mereka hanya mampu mencipta inflasi 'kertas', tetapi tidak inflasi emas.

Emas Mudah ditukar

Pada tahun 1944, pada akhir Perang Dunia ke-2, sebuah persidangan antarabangsa diadakan di Bretton Woods, New Hampshire yang mengubah sistem kewangan antarabangsa daripada bersandarkan kepada emas dengan bersandarkan pada kerjasama dan tukaran matawang.

Melalui perjanjian ini, emas boleh ditukar kepada mana-mana matawang antarabangsa.

Walaubagaimanapun sistem Bretton Woods ini berakhir pada tahun 1972 ketika Presiden AS Richard Nixon membatalkan pertukaran dolar AS untuk emas, emas tetap menjadi komoditi yang sangat diingini kerana ia sangat mudah dijual di luar negara dengan menukarnya menjadi wang kertas.


Emas Sememangnya Bernilai

Melalui sejarah panjangnya, emas masih dapat mempertahankan nilai asalnya. Walaupun harga emas kadangkala rendah kadangkala tinggi (volatile), adalah sangat penting untuk mengetahui fakta sebenar bahawa harga emas adalah mutlak dan utuh.

Perbezaan harga emas sebenarnya mewakili perubahan persepsi diantara hubungan antara emas dan wang fiat daripada penukaran nilai sebenar emas.

Kitaran 40 tahun Wang Fiat


Wang fiat berasal dari bahasa latin iaitu 'biarlah ia terjadi'. Ia adalah matawang yang dikeluarkan setiap kerajaan sebagai alat pembayaran yang sah.

Sebahagian matawang antarabangsa seberti dolar, euro dan semua matawang sandaran adalah wang fiat. Ia telah diguna pakai sejak tahun 1971 ketika Nixon menghentikan penukaran dolar dengan emas.

Ramai pakar ekonomi membuat kajian hubungan antara wang kertas dan emas telah menyatakan bahawa adanya kitaran selama 40 tahun, wang kertas mengalami penurunan yang ketara dari nilai awalnya dan keruntuhan ekonomi akan segera berlaku.

Ironinya, setiap kali ini terjadi, harga emas akan terus meningkat.

Artikel Asal:
Shaun Connel

Diterjemah:
Adyri

Monday, December 20, 2010

Kenapa Emas

Emas adalah antara logam berharga yang nilainya ditentukan oleh beberapa faktor seperti:

· inflasi,

· Kadar pertukaran wang dan harga saham

· Krisis mata wang,

· Perubahan kadar interest

· Isu-isu antarabangsa,

· Kenaikan atau penurunan harga komoditi.

Harga emas bertindak balas terhadap perubahan tawaran dan permintaan dan boleh dipengaruhi oleh pengeluaran pelanggan dan keseluruhan tahap kemakmuran.

Emas berbeza dari logam mulia yang lain seperti platinum, paladium dan perak kerana permintaannya bergantung kepada penggunaan dan permintaan industri.

Emas dihasilkan pada dasarnya untuk menjadi koleksi, berbanding dengan komoditi yang lain dihasilkan untuk digunakan seperti sektor perkilangan dan perindustrian. Nilai emas tidak meningkat kerana kegunaannya dalam aplikasi industri, sebaliknya is meningkat daripada penggunaan dan penerimaan seluruh dunia sebagai penyimpan nilai yang baik. Dalam erti kata yang mudah, Emas adalah wang!

Berbeza dengan komoditi yang lain, emas tidak binasa, kusam atau terhakis. Emas dilombong ribuan tahun yang lalu tidak berbeza dari emas yang dilombong hari ini. Oleh kerana itu, emas yang ada di dalam simpanan anda ataupun sesiapa sahaja boleh ditukar dengan emas yang baru sahaja dilombong. Tidak ada perbezaan dari segi kualiti emas yang telah dilombong 100 tahun dahulu dan emas yang dilombong 1 hari yang lepas.

1. Kalis Inflasi

Emas dikenali sebagai pelindung nilai terbaik terhadap inflasi. Faktor yang paling konsisten untuk menentukan harga emas telah inflasi ialah: sebaik sahaja kadar inflasi naik, harga emas umumnya naik sejajar dengan kenaikan inflasi tersebut.

Sejak akhir Perang Dunia II, lima tahun berikut adalah di mana inflasi AS di tertinggi iaitu pada tahun 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Selama lima tahun, purata pulangan sebenar saham, yang diukur oleh Dow, adalah -12,33%, manakala purata pulangan sebenar emas adalah 130.4%.

Hari ini, banyak faktor yang bersekongkol untuk mencipta badai inflasi yang sempurna:dasar kewangan sangat stimulatif, jaminan untuk bank dan syarikat bernilai berbilion-bilion dolar, ketidaktentuan dolar, defisit perdagangan,
dan status Amerika sebagai negara penghutang terbesar di dunia. Dalam ketidak tentuan ekonomi sekarang, kepercayaan untuk dolar semakin pudar, manakala emas dan komoditi yang lain melanggar tradisi dan terus meningkat bahkan ketika dolar mengukuh.

2. Melindungi nilai wang anda

Emas dibeli dan dijual dalam dolar Amerika, sehingga setiap penurunan nilai dolar menyebabkan harga emas naik. Pada saat ini ia menjadi mata wang sandaran dunia.

Dolar merupakan medium utama untuk transaksi antarabangsa, secara prinsipnya menjadi penyimpan nilai untuk tabungan, sebagai mata wang yang nilai komoditi dan ekuiti disandarkan kepadanya, dan menjadi mata wang utama sebagaimana cadangan oleh bank dunia.

Namun, sekarang dolar tidak lagi bersandarkan emas, dolar tidak lebih dari sehelai kertas mewah. Memang, nilai dollar telah telah meningkat di tengah krisis hutang Eropah, tapi pada masa depan ia tidak akan begitu cerah ketika bencana hutang Amerika Syarikat mula memberi masalah kepada mereka.

3. Emas sebagai ‘save heaven’

Emas telah sering disebut sebagai "komoditi krisis" kerana cenderung mengungguli pelaburan yang lain selama tempoh ketegangan politik atau ekonomi.

Faktor-faktor yang sama yang menyebabkan pelaburan lain menderita secara tradisionalnya akan menyebabkan harga emas naik.

Kerana itulah jika anda mempunyai beberapa aset yang diperuntukkan untuk pelaburan emas akan menjadikan stabil dari segi kewangan dan mempunyai portfolio yang kuat.

Seperti kenaikan hutang nasional, kegagalan bankl, dan mata wang di seluruh dunia mulai kehilangan nilai, kerajaan menyelamatkan diri dengan mesin cetak, membuat nilai mata wang mereka kurang dan emas lebih bernilai. Emas selalu naik ketika kepercayaan kepada sesebuah kerajaan berada adalah lemah.

4. Tawaran & Permintaan emas

Permintaan untuk emas melebihi bekalan. pengeluaran emas menurun. Pembukaan lombong baru memerlukan waktu sekitar tujuh tahun untuk segala persiapan, sehingga sukar untuk mengatasi masalah bekalan dengan cepat.

Pengeluaran emas global belum melampaui rekod pada tahun 2000, beberapa ahli terkemuka dalam industri perlombongan untuk bertanya-tanya apakah permintaan dunia terhadap emas telah mencapai kemucaknya.

Peningkatan permintaan - Cina, India dan Bank Sentral

Baik Cina dan India telah membeli jumlah emas yang belum pernah terjadi sebelumnya, tidak hanya di peringkat pusat-bank tetapi juga dengan mendorong warga mereka semakin mampu untuk membeli emas.

China hanya akan membeli lebih emas di masa depan sebagai usaha untuk melepaskan diri daripada jumalah simpanan dolarnya yang dianggarkan bernilai 2 trilion.

Permintaan untuk emas juga melonjak dari bank sentral, yang telah menjadi pembeli bersih sejak 2009 selepas beberapa tahun menjual rata-rata 400 ton setiap tahun.Bahkan, bank sentral tahun lalu menambah sebahagian besar sandaran emas mereka sejak 1964.

5. Penyimpan nilai

Salah satu alasan utama pelabur melihat emas ini sebagai aset kerana ia akan mempertahankan nilai intrinsiknya. Emas tidak akan tersesat dalam sebuah skandal perakaunan atau kehancuran pasaran, ia tidak akan menjadi sepotong kertas tidak berharga.

6. Mempelbagaikan pelaburan

Ramai dikalangan penasihat pelaburan antarabangsa mengakui bahawa kepelbagaian pelaburan dapat meningkatkan prestasi portfolio secara keseluruhan.

Emas adalah portfolio pelaburan yang ideal untuk mempelbagaikan bentuk pelaburan seperti saham, hanya kerana ia merupakan salah satu aset yang berkadar langsung dengan saham - ketika saham turun, emas pun naik.

Kunci untuk kepelbagaian bagi pengurangan risiko ialah dengan mencari pelaburanyang tidak berkaitan antara satu sama lain.

Emas juga berfungsi sebagai pelindung nilai terhadap hakisan kuasa beli wang kertas,yang dikenali sebagai penurunan nilai mata wang.

Walaupun harga emas boleh turun naik dalam jangka pendek, emas telah dapat mempertahankan nilainya selama jangka panjang bahkan disaat kegagalan mata wang ketika krisi ekonomi.